Negaraku.. Malaysia

Negaraku.. Malaysia
Berbangga menjadi rakyat Malaysia


Carian.....

Google

Hari Astronomi Antarabangsa!




Ni ada sesuatu yang menarik untuk dikongsi dengan semua pembaca. Kalau tahun lepas adalah Tahun Terumbu Karang Sedunia ( International Year Of Coral Reef/ IYOR) Tahun ni merupakan Tahun Astronomi Antarabangsa (International Year of Astronomy). Bertemakan "Alam Semesta Untuk Anda Terokai" ( The Universe, Yours To Discover). Suka sangat dengan tema ini. Sememangnya, alam semesta adalah untuk kita, bersama-sama terokai. Tiada had, tiada sempadan bagi orang lain, tanpa mengira warna kulit, pangkat, rupa ataupun harta. Alam semesta yang indah ini milik kita semua! Tiap-tiap malam, saya suka lihat bintang-bintang yang berkedipan, INDAHNYA! Taksub dengan keajaiban Allah! Subhanallah.. Hati ini selalu berbisik tatkala melihat malam yang dihiasi "lampu-lampu semula jadi". Pernah sekali tu, saya nampak ISS! (International Space Station/ Stesen Angkasa Antarabangsa). Saya sendiri tak menyangka bahawa "bintang" yang sayakan bergerak adalah ISS. Mula-mula saya ragui kebenaranya, tetapi setelah menyemak di internet mengenai laluan ISS pada malam itu, rupanya betul ISS!


Sebenarnya, banyak sangat faedah yang kita boleh dapat melalaui penerokaan angkasa lepas, maklumat lanjut? Semak Post sebelum ini.

Sempena Tahun Astronomi Antarabangsa ini, Malaysia juga tak ketinggalan untuk mengadakan pelbagai aktiviti untuk rakyat Malaysia melalui Agensi Angkasa Malaysia bermula pertengahan tahun 2008 hingga akhir tahun 2010. Program yang dirancang untuk IYA2009 : Karnival IYA Malaysia 2009, Aktiviti pencerapan objek langit yang akan meliputi pencerapan objek malam yang kelam, pencerapan bintang serta planet, cerapan tompok dan nyalaan matahari dan lain-lain.

Menurut objektif IYA2009 untuk Malaysia, ditekankan keperluan untuk membentuk program yang tersusun dalam kajian, pendidikan dan promosi dalam kalangan saintis Malaysia, para pendidik, pertubuhan bukan kerajaan dan mana-mana badan yang berminat mengikuti fenomena astronomi.



Sumber : Majalah Kosmik ( Aku sanggup habis RM 6.00 beli buku nih.... ^.^ Suka betul!)

Soal Jawab Bersama Dr Sheikh

Soal Jawab Dr Sheikh dengan pengunjung Blog@Murai!

1. Bolehkah serangga seperti semut terapung?

Semua benda akan terapung dalam keadaan mikrograviti termasuk
serangga seperti semut dan apa jua.

2. Mengapa negara barat seperti US lebih dahulu menjelajah angkasa?

Russia dan Amerika adalah negara pertama menjelajahi angkasa lepas
sejak tahun 1961 lagi. Ini kerana mereka sedar akan manfaat yang dapat diperolehi.
Mereka juga mempunyai teknologi serta kepakaran yang tinggi. Kini negara asia seperti
China dan India cuba melibatkan diri dalam perlumbaan ke angkasa lepas.

3. Bolehkah jisim individu berkurangan di angkasa apabila sampai ke bumi?

Berat = jisim x graviti. Oleh itu, jika di angkasa berat tidak memainkan peranan . Hanya jisim saja.

4. Benarkah ada mitos tentang kehidupan lain selain dari bumi?

Tujuan utama menjelajahi angkasa lepas adalah untuk mengetahui adakah kehidupan lain selain daripada manusia. Kini Marikh menunjukkan terdapatnya bekalan air dan lazimnya di mana ada air disitulah terdapat hidupan seperti bakteria dan sebagainya.

5. Kalau ada orang terlepas pernafasan oksigen…boleh mengakibatkan mati? Mayat boleh reput di angkasa?

Mayat tidak reput di angkasa kerana tidak ada bakteria di angkasa lepas. Keadaan di sana dipenuhi vakum.

6. Jika badan dari angkasa jatuh ke bumi boleh meletup ke?

Apa sahaja objek yang melalui atmosfera akan terbakar ataupun disintegrasi dengan tersendiri.

7. Sudah pastikah tentang kewujudan planet terbaru di angkasa?

Masih banyak lagi kajian yang dilakukan untuk mencari planet-planet yang lain. Terbaru pluto sudah tidak diiktiraf sebagai planet kerana terlalu kecil saiznya malah dianggap bulan untuk planet yang terdeka

From : Dr Sheikh's Blog

Menarik: Keadaan Microgravity di ISS

Pernahkah anda terfikir untuk "makan" air teh? Pernahkah terbayang bagaimana keadaan jika dapat memegang air teh dengan "chopstiks"?Astronaut di ISS(Stesen Angkasa Antarabangsa) telah menemui cara mereka yang tersendiri untuk "menikmati" minuman ini sebagaimana kita di bumi.

"Makan" Air teh dengan "chopstik"?



Air Kopi kini boleh dinikmati menggunakan "cawan"


Astronaut di ISS telah menemui cara untuk minum kopi menggunakan "cawan" yang dicipta menggunakan kepingan plastik lutsinar yang dilekatkan dengan pelekat. "Cawan" ini dimuncungkan pada bahagian tepi, bagi memudahkan Astronaut (Angkasawan) untuk minum. Hal ini membolehkan Astronaut di ISS menikmati minuman ini sebagaimana kita di bumi.

Tapak pelancar roket tertua

Baikonur Cosmodrome dibina sebagai pusat rahsia peluru berpandu Russia kini melaksanakan program angkasa lepas

Baikonur Cosmodrome

SOYUZ FG, roket generasi baru yang diperkenalkan sejak 2001 sudah membuktikan kewibawaannya sebagai jentera yang paling boleh dipercayai untuk membawa kapal angkasa Soyuz, temasuk varian terkini jenis TMA ke Stesen Angkasa Antarabangsa ISS. Tidak banyak negara yang mempunyai teknologi roket, kecuali Russia, Eropah dan Amerika Syarikat. Selain kos tinggi, kesukaran merumuskan campuran oksigen cecair dan kerosen mengekalkan negara berkenaan dalam liga tersendiri sebagai peneraju angkasa lepas. Keupayaan Russia membangunkan roket dan kapal angkasa seperti Soyuz TMA, menyebabkan pelbagai negara di dunia masih mendapatkan bantuan kepakaran negara itu untuk merealisasikan misi mereka ke angkasa lepas.

Hakikatnya, roket dan kapal angkasa memerlukan lokasi sesuai untuk dijadikan tapak pelancaran. Bagi Russia yang mewarisi teknologi angkasa lepas dari Soviet Union, Baikonur Cosmodrome, sebuah kawasan di Baikonur, Kazakhstan menjadi lokasi utama untuk pelancaran roket setiap tiga bulan sekali.

Baikonur Cosmodrome dipilih sebagai lokasi kerana kedudukannya yang sesuai untuk pelancaran roket. Trajektori atau laluan khas roket memerlukan ia dihalakan ke timur sebelum menembusi atmosfera bumi dan memasuki angkasa lepas. Selain itu, tempat terbabit dipilih kerana ia tidak berawan, kawasan di bawahnya gurun yang luas. Justeru, jika roket menghadapi masalah dan pelancaran perlu dibatalkan, tiada rakyat yang akan menjadi mangsa.

Sebelum ini, Baikonur Cosmodrome dikenali sebagai Tyuratam, kini menjadi tapak pelancaran angkasa lepas terbesar dan tertua di dunia. Kedudukannya kira-kira 200 kilometer (km) ke Timur Laut Aral di tebing utara Sungai Darya. Ia dipajak Russia dari Kazakhstan hingga 2050 dan kini dikendalikan Agensi Angkasa Russia (Roskosmos).

Tapak Pelancar roket

Tapak pelancaran roket ini pada asalnya dibina Soviet Union, sebagai sebahagian daripada projek angkasa lepas negara itu. Di sinilah letaknya tempat pelancaran roket pertama Russia, Sputnik dan satu daripada tapak pelancaran dikenali Gagarin's Start sempena nama angkasawan pertama dunia, Yuri Gagarin.

Baikonur Cosmodrome diasaskan pada 2 Jun 1955. Asalnya ia dibina sebagai pusat pelancaran roket jarak jauh dan kemudian dikembangkan kepada program angkasa lepas. Sergei Korolev yang juga pereka roket pertama Russia memilih kawasan itu kerana kesesuaiannya. Ketokohan Korolev kemudian diabadikan pada nama sebuah bandar, iaitu Korolev, kira-kira 40 km dari Moscow iaitu tempat letaknya Pusat Kawalan Misi (MCC), lokasi penting yang memantau perjalanan ISS.


Soyuz TMA-11 yang membawa angkasawan Malaysia Pertama, Sheikh Muszapahar Shukor ke ISS (Stesen Angkasa Antarabangsa)


Perbelanjaan membina Baikonur Cosmodrome membabitkan tapak pelancaran dan laluan kereta api beratus kilometer menjadikannya projek mega dan membabitkan perbelanjaan kewangan yang banyak Soviet ketika itu. Banyak pelancaran bersejarah dilancarkan dari Baikonur Cosmodrome. Antaranya satelit droid pertama Sputnik 1 pada 4 Oktober 1957, perjalanan angkasawan pertama dunia, Yuri Gagarin dalam Vostok pada 1961 dan penerbangan angkasa oleh wanita pertama dunia, Valentina Tereshkova pada 1963. Sehingga kini, ia juga menjadi tempat pelancaran angkasawan pertama daripada pelbagai negara dunia, termasuk dari Malaysia.

Berikutan kehancuran Soviet Union pada 1991, Roskosmos terus beroperasi dari Baikonur Cosmodrome. Pada 1995, bandar di luar Cosmodrome yang sebelum ini dikenali Leninsk ditukar nama kepada Baikonur. Di bandar inilah letaknya Hotel Cosmonaut, tempat penginapan angkasawan sebelum berlepas ke ISS. Laporan tidak rasmi juga menyatakan setiap angkasawan perlu kencing di tayar kereta pada senja sebelum hari pelancaran sebagai tanda kenangan sebelum meninggalkan bumi.

Kazakhstan, antara negara Komanwel Merdeka (CIS) dari Soviwt Union, sebenarnya selalu bertelagah dengan Russia kerana kedudukan Cosmodrome dalam negaranya. Untuk memasuki Cosmodrome, pelawat perlukan visa Russia biarpun ia berada di tengah-tengah Kazakhstan.

Hingga kini Baikonur Cosmodrome dilengkapkan dengan kemudahan pelancaran roket dan kapal angkasa, sama ada dengan manusia atau tanpa manusia. Cosmodrome boleh melancarkan kapal angkasa dan roket jenis Soyuz, Proton, Tsyklon, Dnepr dan Zenit. Ketika malapetaka berlaku kepada kapal angkasa Columbia milik Amerika Syarikat pada 2003, Baikonur Cosmodrome menjadi galang ganti untuk kelangsungan dan ikhtiar hidup mereka yang berada di ISS kerana semua pelancaran dilakukan dari lokasi itu.

Pada 10 Oktober lalu, suasana di Baikonur agak berbeza kerana pelancaran kali ini membabitkan krew antarabangsa, iaitu dari Malaysia dan Amerika Syarikat. Publisiti yang diberikan membuatkan penduduk tempatan juga berhimpun di luar pagar Cosmodrome untuk melihat sendiri pelancaran itu.

Tepat pada detik umat Islam berbuka puasa di Kazakhstan, nyalaan bebola api besar merah yang mengiringi pelancaran roket mula bergerak menujah ke angkasa yang terbuka luas. Nampak macam perlahan walaupun sebenarnya jentera seberat 8,000 kilogram itu sedang bergerak pada kelajuan 8 km sesaat.

Selama lapan minit roket kelihatan ketika membuat lengkungan untuk menembusi atmosfera, Soyuz sudah membuat perjalanan lebih 700 km. Dalam tempoh itu ia sudah mengeluarkan tiga tujahan yang mana pada setiap kali dilepaskan mengeluarkan nyalaan yang berbeza-beza. Sebaik dilancarkan ia berbentuk bebola api jingga terang, diikuti jujuran panjang nyalaan kelabu pada tahap kedua dan persembahan paling mengujakan ialah pada tahap ketiga apabila api roket berkembang seperti payung. Selepas tahap itu, krew yang berada dalam Soyuz TMA menunggu dua hari lagi untuk sampai ke ISS.

FAKTA: Baikonur Cosmodrome

  • Tapak pelancaran roket angkasa lepas tertua dan terbesar dunia.
  • Pembinaan disiapkan pada 1955.
  • Asalnya dibina sebagai tapak pelancaran rahsia peluru berpandu Soviet Union pada 1950-an dan 1960-an.
  • Satelit pertama dihantar ke angkasa lepas, Sputnik pada 1957 dan angkasawan pertama, Yuri Gagarin pada 1961.
  • Seluas 6,750 km persegi (75 km dari utara ke selatan, 90 km timur ke barat).
  • Russia membayar AS$115 juta (RM379.5 juta) setahun sebagai yuran pajakan, kepada Kazakhstan.

Teknologi Angkasa!



Teknologi angkasa ialah suatu istilah yang kerap dianggap sebagai satu kategori. Angkasa lepas (sebagai biasanya digunakan, eksklusif alam semesta bumi) adalah demikian satu sekitaran benda asing yang cuba untuk bekerja dengan petunjuk-petunjuk yang ia tidak dapat elakkan untuk mendahului pinggir baru teknik-teknik dan pengetahuan. Teknologi-teknologi baru bermula dengan atau digerakkan oleh usaha-usaha berkaitan angkasa yang sering kemudiannya dieksploitasikan dalam aktiviti-aktiviti ekonomi lain.
Ini telah dengan meluas menunjukkan kepada sebagai berfaedah oleh penganjur-penganjur angkasalepas dan peminat-peminat membantu pelaburan tabung awam dalam aktiviti-aktiviti dan program-program angkasalepas. Lawan-lawan politik mendapati ia itu akan jadi jauh lebih murah untuk membangunkan teknologi-teknologi khusus secara terus jika mereka adalah berfaedah dan mengejek justifikasi ini untuk perbelanjaan awam dalam kajian berkaitan angkasalepas.

Sebagai contoh: Komputer-komputer dan telemetri adalah pernah mendahului pinggir teknologi-teknologi yang mungkin telah dipertimbangkan sebagai "teknologi angkasa" lantaran kerana kritikalnya kepentingan mereka untuk booster dan pesawat angkasa. Mereka wujud sebelum Perlumbaan Angkasa Perang Dingin tetapi perkembangan mereka adalah dengan meluas memecut untuk memenuhi keperluan dua kuasa hebat besar program-program angkasalepas.

Manakala masih diguna hari ini dalam pesawat angkasa dan peluru-peluru, aplikasi-aplikasi yang menjemukan seperti pengawasan jarak jauh (melalui telemetri) pesakit-pesakit, menyiram tumbuh-tumbuhan, keadaan-keadaan lebuh raya, dan sebagainya. dan penggunaan komputer-komputer yang meluas jauh mengatasi aplikasi-aplikasi angkasa mereka dalam kuantiti dan kepelbagaian aplikasi.

Pengkhususan teknologi-teknologi angkasa

* Perlombongan asteroid
* Perisai haba ablatif (Ablative heat shield)
* Aerobot (Penyiasatan planet tergantung di atmosfera)
* Atmosferik membrek (Atmospheric braking)
* Booster
* Emparan (Centrifuge)
* Gantri (Gantry)
* Misi-misi dianggotai Manusia
* Internet Antara Planet
* Dewan pengasingan
* Pendarat (Lander)
* Pad pelancar (launch pad)
* Kemasukan Semula
* Masa nyata
* Roket
* Roket luncur salji
* Pengembara (Rover)
* Satelit
* Pesawat Angkasa
* Pendorong pesawat angkasa
* Lif angkasa
* Pembuatan bagi angkasa
* Penjelajahan angkasa lepas
* Kapal angkasa
* Stesen angkasalepas
* Sut angkasalepas
* Kapsul angkasalepas
* Splashdown
* Telemetri
* Penolak (Thruster)

Info Angkasa

Angkasa lepas

atau lebih ringkas
angkasa, merujuk kepada ruangan yang secara relatifnya kosong di dalam alam semesta yakni berada di luar dari atmosfera sesuatu objek astronomi. Angkasa lepas digunakan untuk membezakannya dengan ruang udara (dan kawasan-kawasan daratan) kerana angkasa merujuk kepada langit. Berlawanan dengan pemahaman popular, angkasa lepas tidak sebenarnya kosong (iaitu hampagas sepenuhnya) tetapi mengandungi zarah-zarah dalam ketumpatan yang rendah, majoriti plasma hidrogen, serta sinaran elektromagnet. Angkasa lepas dikatakan turut mengandungi jirim gelap dan tenaga gelap, namun kenyataan ini cumalah bersifat hipotesis.

Galaksi

merupakan kumpulan bintang-bintang yang terdapat dalam Alam Semesta. Galaksi dalam mana sistem suria, iaitu bumi dan matahari berada di dalamnya dikenali sebagai Bima Sakti.

Bintang-bintang sentiasa wujud secara berkelompok yang dikenali sebagai galaksi, bersama-sama dengan gas, debu interstellar, dan "jisim gelap"; sekitar 10-20% dari galaksi terdiri daripada bintang, gas, dan debu. Galaksi dikekalkan bersama oleh tarikan graviti dan komponen galaksi mengorbit satu pusat. Terdapat bukti bahawa lubang gelap mungkin wujud di pusat sebahagian, atau kebanyakan, galaksi. Galaksi terbentuk dari protogalaksi.

Perkataan galaksi dalam bahasa Inggeris galaxy diambil dari nama galaksi kita , Bima Sakti ( Milky Way ), menggunakan perkataan Yunani gala (umumnya galaktos) bererti susu.

Galaksi Bima Sakti

(Milky Way - terjemahan daripada Bahasa Latin: Via Lactea, berasal daripada Bahasa Greek: Γαλαξίας (Galaxias) kadangkala merujuk kepada "the Galaxy"), adalah galaksi pilin berpalang yang merupakan sebahagian galaksi Kumpulan Tempatan dan terletaknya Sistem Suria. Satah galaksi Bima Sakti dapat dilihat dari Bumi sebagai jalur cahaya di langit malam dan rupa jalur cahaya berkenaan merupakan inspirasi kepada nama galaksi ini.

Sesetengah sumber mengatakan sebenarnya istilah Milky Way sepatutnya merujuk secara eksklusifnya kepada pemerhatian jalur cahaya berkenaan, sementara nama penuh Milky Way Galaxy atau disebut sebagai the Galaxy seharusnya digunakan bagi menerangkan galaksi berkenaan sebagai astrofizikal seluruhnya.


gambar infra merah teras bima sakti


Bima Sakti seperti yang dilihat dari Death Valley pada tahun 2007. Ini merupakan gambar panorama.


pandangan sisi bima sakti

sumber : wikipedia


Salam perkenalan!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada semua pengunjung blog ini. Pertama kali menghantar post bermakna, secara rasminya blog "akuAlieN" di Internet. Kenapa "AlieN"? Hurm, saya merasakan AlieN adalah sesuatu yang misteri dan misteri ini ingin diterokai oleh semua orang. Di samping AlieN kehidupan sekeliling AlieN juga menjadi tanda tanya seperti Alam semesta, Galaksi, Planet dan bintang-bintang. Oleh itu, blog ini dibangunkan khas kepada semua lapisan masyarakat untuk bersama-sama berkongsi minda dan pandangan serta ilmu mengenai angkasa. Blog ini adalah kesinambungan dengan blog star-lunac, cuma diwujudkan dalam bahasa Melayu agar lebih mesra mendekati semua lapisan masyarakat di Malaysia.
Secara ringkasnya blog ini diwujudkan kerana saya amat meminati bidang angkasa oleh itu, diharap dengan adanya blog ini, saya dapat mendekati lagi rakyat Malaysia untuk berkongsi idea, pandangan dan pendapat mereka mengenai angkasa. Sebagai warga muda yang berusia 16 tahun, saya ingin melihat negara tercinta saya iaitu "Malaysia" maju di masa hadapan dan akan mengusahakan yang terbaik untuk negara.

Sekian sahaja buat kali ini,
sehingga bertemu lagi.........

Selamat Membaca!


"Membaca Itu Jambatan Ilmu"

 
Aku AlieN - by niNA™ template